^_~

Powered By Blogger

Tuesday, December 27, 2016

Trip Ke Maldives Part 1- Tips Tentang Maldives

Hello semua. Hari ni nak mula menaip setelah sekian tak menaip. Sebab ramai kat fb tanya and suruh aku share tentang trip aku ke Maldives haritu, maka aku pon cuba la menulis kat sini.

Beautiful sunset at private resort
Actually Maldives trip ni aku beli tickets agak lama da. Sebab memang da target untuk first anniversary wedding kitorang nak pergi Maldives. So here are some tips yang boleh aku share sepanjang perancangan dan perjalanan aku untuk Maldives ni.

1. Maldives ni Islamic country. So untuk makanan HALAL bukan la satu benda yang jadi masalah. No pork di seluruh Maldives (as far as i saw lah). 
2. Alcohol only at private Island/ resort. Masa dekat Male, which is Maldives's city, susah nak cari alcohol drink kat kedai2.
3. Dekat Maldives they used Maldives Rufiya (MVR) or USD. Kalau korang bawa duit ringgit nak tukar kat sana memang kirim salam la, diorang taknak terima. So better change to USD dari Malaysia, sampai airport Maldives boleh tukar ke MVR. Tukar sikit ja sebab diorang lagi suka USD sebab lagi untung untuk diorang. Hahaha. MVR kebanyakan aku guna untuk transport awam dan kedai runcit kat Male.
4. Maldives ni terletak dekat dengan Sri Lanka dan India. Tapi diorang takkan ngaku diorang ni orang India walaupon muka India habis. They are too proud to say they are Maldivian.
5. Orang Maldives ni nampak ja selebet macam Bangla kat Malaysia, tapi diorang ni kaya kot. Jenis semua nak hantar anak study luar negara and fully paid by themself. Katanya kat Maldives education free, so diorang nak paid education, sebab tu hantar anak belajar mostly kt Malaysia.
6. Sepanjang aku kat sana, orang Maldives ni takda jati diri. Bila tanya apa local food yang best, semua jawab Chinese food, Thai food. Apadaa. Thai food baik aku pergi Thailand ja.
7. Tips untuk prepare trip ni aku rasa better korang prepare awal. Kalau ada duit terus tukar USD sebab currency kita ni fluctuated. Kejap ok kejap turun. Macam kes aku mula2 masa currency 3.7 aku tak tukar padahal da sedia duit. Elok hari aku nak p tukar da naik 4.2. pastu balance time aku tukar da jadi 4.4. Memang terasa bila travel time currency tak cantik ni.
8. Since semua related to currency, kalau boleh hotel pon book awal2. Aku pakai AGODA ja.
9. Do some research on exercusion activities yang korang rasa korang berminat. Survey from hotel to hotel sampai korang puas hati then pilih. Aku ambil dari Crystal Sand Beach Hotel ja sebab PR diorang bagus. Bila aku selesa dgn PR maka aku senang nak berurusan. Negotiate for some item if you want. Insyaallah dengan budi bicara kadang2 dorang consider ja. Bagi diskaun or bagi free service. Based on your luck. Macam aku dapat snorkeling gear free untuk  digunakan.
9. Please bring some medicine kalau rasa diri korang tu bakal mabuk laut, or senang nak demam or pening. Maldives sangat panas dan semuanya berkaitan laut. Surely korang taknak mood spoil sebab mabuk laut or pening2. So please get prepare.
10. Aku bawa food sendiri- beras, curry ayam adabi dlm tin and some sambal talang also maggie. Kat sana ada ja jual maggie tapi tak payah la beli segalanya mahal. Tapi food sana kena try juga. Beriani dia sedap! Capati with kelapa tuna dia marvelous. 
The only Maldivian food yang aku rasa boleh dibanggakan-capati with tuna kelapa
11. Dah nama pon pergi beach and sea, please don't forget to bring your sunblock.
12. Action camera/waterproof camera sangat berguna kat sana. Tapi kalau ambil trip ada ja dorang provide free picture untuk kita. Janji bawa pendrive untuk transfer save.
13. Know your destination. Nak naik ferry nak ke mana kena la taw kan. Kalau tak camna nak beli ticket. So please do your homework before travel.
Common public transport-Public Boat
14. Maldives is very safe. Even untuk ladies. Korang jalan memalam takkan ada orang kacau pon. So ladies please go. Kalau travel sesama gegadis ada chances dapat macam2 free or diskaun kalau rajin borak2 dengan boatman or orang2 yang jaga pakage2. hehehe.
15. Jangan amik taxi untuk tour sebab nanti dia charge mahal. Untuk visit places, just naik ja taxi from one place to one place. Lagi jimat.
16. Lupa pulak, Maldives best visit between November to April. Time ni air laut tenang kurang bergelora. So kurang la kebarangkalian nak mabuk laut. Time ni juga dikatakan Maldives panas berpanjangan. Sangat sesuai lah untuk aktiviti bersantai pantai.

Monday, July 11, 2016

Kejutan Yang Maha Esa

Assalamualaikum!!! Hari ni nak share berita basi. Yes it was positive. But bear in mind post ini menggunakan past tense. Ini bermakna berita ini dah basi sebab kekangan masa untuk update.
Sesungguhnya ketika period aku delay awal puasa haritu hati aku dah tak senang. Sekali aku check. Ya Allah. Positive wei. Aku dan En suami terkejut. Hanya tuhan yang tahu. Sebab nya kami masih dalam fasa berhati-hati. Precaution mood lagi.

Tapi kami anggap ini rezeki ramadhan. Kuasa tuhan siapa mampu melawan. Kami terima dengan redha.

Alhamdulillah sepanjang tempoh itu aku sihat tak ada sikit pon mabuk or alahan. Mengidam apapon tak. Kecuali En suami yang demam teruk.

Untuk tempoh tersebut kami sedikit teruja dengan kehadiran yang tak terduga ini. Akan tetapi semuanya kuasa Allah. Hanya sempat merasa bahagia perasaan ini tak sampai dua bulan. Al kisahnya akan diceritakan dalam next post.

Sebagai preview, at first check up doctor suspected aku ectopic pregnancy. Then aku dihantar ke hospital serdang with emergency case. Bersambung..

Anyway SALAM AIDILFITRI buat semua!

Sunday, May 22, 2016

Kedai Tayar Murah Bangi

Hai.. Hari ini aku nak cerita tentang kedai tayar murah kat Bangi. Ya lah sekarang kan aku dah menjadi warga Bangi so haruslah mencari kedai area bangi sahaja. Aku buat survey banyak kedai juga. 

Hasil carian aku dan tanya orang, rata-rata cakap nak tukar tayar g Klang, kat sana tayar murah. Tapi nak dijadikan cerita hari aku nak tukar tayar ni mak mertua aku ajak makan kat luar ramai-ramai. So tak da la aku gigih nak ke Klang semata-mata tukar tayar then nak rush balik Bangi lak.

Ok, kat bangi kawan aku cakap kat seksyen 7 kedai Michelin dia tukar situ murah. Kawan aku dari Gombak datang tukar tayar kat Bangi, sesuatu sangat kan. Jauh tu. So aku rasa mesti murah la tayar kedai tu. Kawan aku siap tunjuk resit dia kt aku lagi. Kawan aku tukar tayar Myv dapat la sebiji tayar RM150. Murah la kan. Tayar cap toyo. Nak dijadikan cerita aku pon pegi la kedai yang kawan aku nyatakan tuh. Aku sampai ja tanya tayar berapa harga untuk kereta aku. Dia cakap RM220 tayar Michelin. Mak aii mahalnya. Nego sikit dia cakap paling kurang RM210. Tanya la takda option tayar lain ka yang murah. Alkisahnya takda stok. Hanya ada Michelin. So aku pon beransur lah. G kedai lain.

Seksyen 7
Hah ni lah kedai yang kawan aku cakap tuh. Kat area sup keting seksyen 7. Tapi banyak ja kedai tayar kat sini. Boleh ja nak tanya satu-satu kedai.

Ok last sekali aku pergi kat Seksyen 4. Akhirnya aku bersetuju nak tukar tayar kat kedai ni. Aku tukar tayar Continental dengan harga RM175. Okla kan dapat tayar cap ok sikit. Tapi tayar aku type 175/65 R15 asalnya brand Goodyear. Tapi after few kedai aku survey tak ada lak tayar ni. So aku tukar la tayar lebar sikit. 195/55 R15. Aku belasah ajalah sebabnya aku da malas nak g kedai lain dan nampak harga reasonable. Nama kedai ni Wan Hernz Corporation (CONTINENTAL) Refer picture bawah ni ek.

Wan Hernz Corporation
Ni hah kedai tu
Nampak tak Jazzy aku kat kiri tu da di jack up and da ditanggalkan tayar. Tengah tu harus lah Encik Suami yang tak habis-habis cakap aku ni merimaskan, ikut aja kemana dia pergi. Hehehe.

tayar baru
Ni lah tayar yang aku beli tu. Aku tukar 4 biji wei. Kau rasa berapa total lost aku. Huwaaa.. All in termasuk 6% GST RM740. Ok lah tu aku bajet RM800, ada la balance RM60 habuan aku nak lepak minum kopi dan kek sedap. Hahaha.

Review aku tentang tayar baru ni sedap la continental brand la katakan. Tapi slightly lebar dari tayar asal aku, so aku rasa cam berat sikit stereng aku dari sebelum ni. Tapi bak kata encik suami, tayar lebar sikit sedap la nak lelaju. Dalam hati aku, jadahnya aku nak lelaju, aku naik Jazz hybrid ja pon, Bukan aku naik VW Golf ka yang boleh speed kaw-kaw. Tapi layankan ajalah. Malas nak argue.

tayar asal
Nampak cam baru kan tayar ni, hakikatnya da botak licin liao. Hahaha. Nampak cam baru sebab aku baru basuh kereta. Haruslah tayar dia polish sikit. Hikhik.

Tuesday, May 17, 2016

Lombok Part 3- Review Lombok Senggigi Hotel

Haiii.. Kali ni nak review hotel kat senggigi pulak. Hotel ni kitorang just for transit ja sebab sampai pon da malam kan. Lebih kurang pukul 10 11malam la kot kitorang sampai. Hotel ni agak ke dalam lokasi dia. Kena berjalan di laluan yang bagi aku agak gelap dan tak macam laluan hotel. Just berpandukan signboard aja. Nasib ada signboard, kalau tak entah rumah sapa kitorang masuk. Sebabnya laluan masuk ke hotel ni adalah laluan rumah-rumah orang. Sangat seram. Gelap and banyak construction. Nak dijadikan cerita, malam kitorang sampai tu part of the area tak ada current. Kat reception kaunter hotel pun pakai lampu suluh ja, nasib kat area bilik ada current. Kalau tak berpanas la wei.

Ok untuk review hotel ni, bilik dia sangat kecik ok. Kiranya lantai bilik ko cuma muat untuk seorang ja solat. Tak danya muat kalau ko niat nak berjemaah berdua dalam bilik tu. Toilet and shower okla, air laju tapi bilik aku air drainage dia slow. Aku mandi malam sampai tu, bangun esok pagi air still ada kat area lantai shower tu. Ades agak mendukacitakan. 

Pastu bab breakfast plak, kitchen diorang sebelah kaunter reception aja. So semalam nya sampai area situ takda current, pagi tu kitorang bangun dapur dia plak ada masalah. Orang yang awal dapat la makan telur bagai. Yang last ni dapur dia ada problem apa tah. Dapat roti bakar and fruits sahaja. Jadilah kan alas perut waktu pagi.

Bagi aku hotel ni untuk transit is ok sebab murah ja RM108 satu bilik semalam. Tapi bab sampai memalam ngeri juga nak menapak kalau sorang wei.

By the way hotel ni still ada pool taw. Pool dia agak menarik betol-betol depan bilik kitorang. Time kitorang sampai malam tu ingat kitorang ja tetamu hotel tu sebab sunyi ja and gelap. Bangun time breakfast amik kau full kot. Macam semua bilik occupied ok.
Ni hah signboard hotel kat jalan

Ni half way jalan masuk  ke hotel. Tak ada lampu taw. Kitorang guna lampu handphone kot.

Tadaaaa ni la reception kaunter merangkap kitchen dan breakfast area. Hotel ni decor dia banyak patung buddha. Menakutkan juga la aku sampai memalam nampak patung buddha ja. Besar lak tu kat tepi kolam. Dah siang rasa ok ja pon.

Thursday, May 12, 2016

Lombok Part 2 - Review Vila Ombak Hotel

Hai!! Harini nak sambung cerita Lombok. Nak kasi review Hotel Villa Ombak kat Gili Terawangan yang cost us RM655 for two nights. Worth or not? Jom layan picture.

Maaf laa skill blogging memang da kering sebab kemalasan pegang camera and handphone buatkan aku tak banyak ambil gambar. Gambar ihsan dari kawan-kawan dan encik suami. Layan..

Hotel Spa - Roemah Spa
 Hotel ni ada spa tersendiri, nama dia Roemah Spa nasib bukan Rosmah. Hahaha. Spa dia sangat selesa dan best. Aku pergi spa on first night aku kat sini. Aku buat foot massage ja. Kawan-kawan aku buat lulur spa. Sedap wei dia massage. Dorang cakap lulur dia pon best and sangat memuaskan. Harga untuk lulur spa 200k IDR dan harga untuk foot massage aku 180k IDR. Tapi harga ni belum termasuk tax taw. Tax kat sini 15%. Actually harga kat luar punya massage boleh dapat slightly murah dari hotel punya. Tapi kalau kat luar yang berderet kedai spa kat sepanjang gili ni, keadaan dia open. Kalau kau buat full body massage di tengah laluan kedai-kedai, kau hanya akan ditutup dengan tirai ja. Mungkin sesetengah orang tak selesa, Plus panas hoi!! Kat hotel spa ni ada aircond. Selesa, tertutup, privacy dan aurat terjaga. Kalau buat foot massage kat spa luar yg murah tu, dia suruh ko duduk atas kerusi, selak seluar kau separas lutut then dia massage. Agak la kan laluan org lalu lalang mesti la nampak betis ko yang berbulu tu, Malu ok. Foot massage kt hotel spa ni sangat puas sebab dia bogelkan aku dalam bilik, means tanggalkan seluar then dia selimutkan aku. So dia massage aku dalam keadaan aku berbaring. Aku siap sempat terlelap kot. So mungkin aku prefer pergi hotel spa lah kat sini. But bear in mind, hotel spa ni tutup pukul 10malam. Kalau spa kat luar pukul11 baru nampak gaya nak tutup. Aku plan second night nak repeat untuk lulur, tapi dah keluar dinner lewat, so stroll over Gili Terawangan nak cari spa untuk massage or lulur. Tapi tak ada yang memikat hati aku. Balik hotel confirm spa da tutup. So aku pon balik bilik tidor ajalah.
Some walkaway hotel
 Ni ada walkaway kat sepanjang jalan aku nak ke bilik aku. By the way, walkaway ni ke mana aku tak sure plak. Kalau tak silap aku ada buaian kat sini. Aku pon tak explore ke sana. Hehehe.

Swimming pool
 Hotel ni ada swimming pool, and ada pool bar. Aku ada la sekali terjun swimming pool ni. Best besar and air dia aku rasa macam dia campur air laut laa. Sebab bila aku menyelam pedih betol mata aku. Lepak santai kat pool ni best. Minah salleh banyak berjemur sambil baca novel. Sangat tenang la wei.
Walkaway dari lobby ke bilik
Nak dijadikan cerita, bilik kitorang Lumbung Superior merupakan bilik yang belakang sekali dalam lokasi hotel ni. So perjalan dari lobby ke bilik boleh bercinta juga laa. Once da ke depan kalau ada barang tertinggal mau bergaduh nak patah balik ambil. Hahaha.. Hah kat kiri gambar ada meja with Chess set, ada dua table kat sini sebenarnya, Dua-dua ada chess. Kalau korang nak buang masa main chess bersama teman sangat la boleh. Aku ni plan ja nak main tapi tak sempat. Asal balik bilik lalu ja da malam, bila malam jalan ni agak suram. Berbekal kan lampu yang ada kat kaki jalan ni aja.

Welcome drink
Welcome drink aku da bagitau air oren dia sedap. Hehehe. So far customer service hotel ni terbaik la juga. Apa saja kitorang minta dapat cepat ja. Accept bilik, on hari kitorang sampai, check in kan sepatutnya pukul 2pm, tapi kitorang sampai awal. So satu bilik ja yang da ready. After pukul2 baru la lagi dua bilik ready.

Hotel ni ada room service untuk food delivery 24hours. Kitorang ni pukul1 pagi dok melepak lapar. So memang call room service ajalah. Food dia harga standard harga hotel lah, tapi bagi aku portion dia mengenyangkan. Sedap la juga tapi tak da la sedap gila.

Hotel ni juga ada menyediakan sepeda (basikal) untuk disewa. Harga slightly higher than kat luar. Aku mula nak ambil dengan hotel ja. Tapi dah fully booked. Terpaksa berjalan sewa basikal kat luar. Tapi ok la kat luar aku dapat harga sehari RM15, kalau kat hotel sehari RM21. Jimat sikit laa.

Hotel Villa Ombak ni ada jetty/pelabuhan sendiri, so masa kitorang ambil speedboat bagitau dia hotel Villa Ombak dia terus hantar kat jetty Villa Ombak. So ko tak ada la kena menapak jauh dari public jetty ke sini. Tapi kalau ko ambil public boat, dia memang akan stop di public jetty, so menapak la sikit. Ada la 10minit jarak menapak tu. Kalau tengah penat mau menyumpah juga. Hehehe.

Part breakfast plak, Hotel Villa Ombak ni, breakfast dia memang meriah wei. Aku makan sampai puas. Berbaloi la ambil bilik with breakfast kat villa ombak ni.

Villa Ombak ni da dekat dengan Ombak Sunset, and bagi sesiapa yang stay kat Villa Ombak akan dapat 15% diskaun kalau makan kat Ombak Sunset. Dari Villa Ombak ke port buaian Ombak Sunset tu, 15minit juga la kayuh basikal. Kalau ko gigih nak jalan kaki, aku rasa mau 30minit juga. Aku tak da guna cidomo (kereta kuda) sebab aku da sewa basikal. Bagi kawan-kawan aku yang lain dorang ambil cidomo. Diorang kena harga agak mahal dari aku selalu dengar. Nak ke Ombak Sunset dia charge 150k IDR, selalu aku dengar 100k IDR ja. Mungkin bukan rezeki diorang nak dapat murah. Janji sampai kan.

Ok sambung guna hanphone sebab bos da masuk opis. Aku tak taw apa rupa gambar yang aku upload handphone ni..
Katil King
Bilik yang diberikan memang super selesa. Kitorang booked 3 bilik. 1 bilik tingkat bawah, dua bilik tingkat atas. So yang ada anak kecik dok bilik bawah. Kitorang dok bilik atas. Tapi semua connected aja. Kitorang memalam lepak dekat balkoni depan bilik ja. ada Kerusi and meja, lantai pon bersih leh  bersila kat situ. Luas. Lapang laa..
Toilet besar
Toilet dia ya rabbi, sama besar dengan ruangan katil dia. Kalau hotel biasa mungkin size camni da boleh dapat 2 bilik dah. Memang aku boleh main kejar-kejar dengan encik suami dalam toilet ni. Hahaha..
tempat lepak
Oklah ini aja kot yang aku dapat share tentang Villa Ombak Hotel Gili Terawangan. Sumpah berbaloi hotel ni untuk santai-santai. Tapi kalau nak jimat belambak ja hotel lain yang murah and selesa. Serious sangat banyak, buka ja agoda pilih wei. Nanti ada lagi yang aku teringat aku update lah ya,

Nanti aku kongsikan plak review Hotel Sengigi Lombok yang aku stay 1 malam kat Sengigi sebelum aku ke Gili Terawangan. Seram ok Hotel tu. Hahaha..

Tuesday, May 10, 2016

Lombok Part 1

Haiii!! I am back from my Lombok vacation. Oklah meh nak ceritakan serba sedikit percutian aku ke lombok kali ini. As apa yang aku cerita on post sebelum ni, aku pergi with mommy n mommy to be kan.


Flight kitorang pukul 335pm from KL tapi delay, around 415pm baru ready for take off. So alkisahnya agak malam juga la kitorang sampai di Lombok. Waktu Lombok sama dengan waktu Malaysia, yang membezakan ialah pukul 6 petang dorang da macam pukul 8 malam kat KL ok. So da dapat tak gambaran bahawasanya subuh korang kat Lombok adalah jam 430am ok! Aku bangun pukul 630am cerah benderang dah. Dah bukan lagi subuh gajah tapi da jadi subuh dinosour dah pon.

Oklah meh aku ceritakan perjalan aku kat sana. Ianya adalah short trip so tak ada la aku beria nak berjalan sakan, plus jalan dengan infant and preggy mommy kan.


Day 1
8pm - arrival Lombok Airport - supir jemput - makam malam di Esany Restaurant Mataram - Hotel Sengigi Lombok

Day 2
9am - supir jemput visit port yang boleh tengok view 3 gili - Teluk Nara untuk amik speedboat ke Gili terawangan
12.30pm - Check in Villa Ombak Hotel
2.00pm - lunch di gerai sekiltar Gili- jalan cari pakage snorkeling - balik hotel
4.00pm - sewa sepeda (basikal) - kayuh ke ombak sunset - pusing Gili
6.00pm - dinner - jalan-jalan
9.00pm - massage/ spa hotel

Day 3
8.00am - breakfast hotel
10.30am- snorkeling trip
3.30pm- balik hotel from snorkeling
6.00pm - keluar untuk dinner
10.00pm - balik hotel pack barang

Day 4
8.00am - breakfast hotel
9.30am - speedboat ke Teluk Nara
10.00am - supir jemput - Gandrung (tempat beli t-shirt) - Ole-ole - Lunch - Tempat pembuatan seramik/tembikar - tempat menenun kain - rumah sasak
4.15pm - Airport Lombok
7.15pm - fly balik KL

Oklah macam dah tak pandai nak bercerita dan menulis lak sekarang ni. Apapon meh la layan gambar apa ada sambil brief sikit tentang gambar-gambar ni. Hahaha.. Skill blogging macam dah hilang. Pegang camera pon da malas. Aduhai camna la nak amik gambar kan. So layankan gambar apa yang ada ajala ek..
Dinner Esany Restaurant
Dinner kat Esany ni kitorang makan set aja. Set apa tah dah lupa. Tapi cukup la untuk 6 orang makan. Makanan dia sedap and harga berpatutan lah. Per couple just bayar 140k IDR sahaja, bersamaan lebih kurang RM42-45 kot.
View 3 Gili kat belakang
Kat sini view belakang boleh nampak Gili Terawangan, Gili Meno dan Gili Air. Kejap ja singgah sini sebab panasnya Ya Rabbi, i is hotz ok. Pastu beli la topi bajet cool kat sini dalam 9000 IDR, RM10.
speedboat to Gili
Speedboat ni cost dia da including dalam transport supir yang aku amik dan aku da huraikan dalam post Bajet Trip Ke Lombok previously kan. Boleh refer sana ya.
Welcome drink
Ni adalah welcome drink dari Vila Ombak Hotel. Sedap betul air oren dia. Fresh sangat or aku memang tengah dahaga. Hahaha.. 

Oklah ini aja kot buat masa sekarang, nanti sambung review untuk hotel-hotel yang aku stay plak ya.

Thursday, May 5, 2016

Kehidupan Selepas Berumahtangga

Haii..Sementara aku nak tunggu flight aku fly ke Lombok ni, meh la aku kongsikan serba sedikit kehidupan peribadi aku selepas berkahwin ni. Nak dijadikan cerita, the moment aku nak kawen company aku buat retrechment. Sadly to accept nama aku on the list. So aku pon berkahwin dengan status unemployed. Maka secara tak langsung aku employed as Fulltime Housewife.
Gambar time honeymoon
Ok secara mata kasarnya mungkin indah, keja ko duduk rumah ja. Tunggu laki balik. Tapi aku ni manusia tak reti duduk rumah. Stress kot aku duduk rumah. Memandangkan aku tak berkerja so aku duduk rumah in law aku. Sebulan kahwin ok lagi sebab aku masih dalam fasa honeymoon. Masuk bulan kedua aku tak kerja, macam nak gila rasa. Rasa nak nangis ja hari-hari. Sesungguhnya aku tak boleh duduk rumah.

Masuk bulan ketiga, aku pon cuba jadi personal shopper IKEA, sebab aku da bosan tahap maksima. Seronok gak jadi Personal Shopper ni. Sebab aku dapat shopping walaupon bukan untuk diri sendiri. Sesungguhnya, shopping tu masih berkesan menjadi terapi terbaik untuk hilangkan stress kaum wanita ni.

Masuk bulan keempat, aku ditawarkan kerja kat construction company, makanya aku terima walaupon jiwa aku tak nak. Tapi memandangkan aku ada komitmen sendiri in terms of kereta and rumah, aku pon proceed. Sampai lah sekarang, aku masih berkerja. Doakan lah aku dapat kerja yang lagi baik.

Oklah its time to fly already. By the way, sesapa nak aku jadi personal shopper IKEA still boleh suruh aku ya. Sebabnya aku suka pergi IKEA. It feels home. Hahaha..
post barang ikea
barang yang dipesan

testimoni

Bajet Trip ke Lombok

Permulaan penulisan terus merujuk kepada LOMBOK. Plan nak ke Lombok ni da setahun lebih. Perancangan bersama teman-teman encik suami. Biasala semua research dibuat dan ditempah. Kami 3 couples with an infant. So semua 6 dewasa 1 bayi. Baby baru 4months taw. Kecik-kecik da jalan jauh kan. Lucky baby dapat mak pak suka jalan.

So kat sini just nak share cost roughly untuk ke lombok tapi excluded expenses aktiviti dan makan ya. Sebabnya penulisan ini ditulis sehari sebelum aku berlepas ke lombok. Kekdahnya aku eksaited dan aku tak ada benda lain nak memulakan ayat untuk bermula menulis semula.

KOS KASAR

Flight AA : RM 200 per person return
Lombok Sengigi Hotel 1malam : RM 108 per couple
Vila Ombak Hotel (Gili Terawangan) 2malam : RM 655 per couple
Transport + supir + Speedboat ke Gili : RM 700 (bahagi 3 couple , RM 234)

So total cost yang terbakar RM400+RM108+RM655+RM234= RM 1397 per couple
Ni kiranya cost aku bedua bersama encik suami lah. Kalau dulu single cost macam ni dah rasa mahal tapi bila berdua means bahagi dua. Tak da laa terasa sangat kan. Hehehe..

ok actually boleh jimat cost dekat hotel tuh. Boleh cari hotel murah lagi tapi since ada baby and mommy to be, makanya pemilihan hotel nak yang sedap dan enak agar dapat bermalasan di hotel dengan indahnya. Hal ini kerana diorang decide tak nak buat aktiviti laut. So okla kan spend lebih untuk hotel. Banyak masa dihabiskan kat hotel. Lain la kalau nak snorkeling and buat aktiviti laut, seharian ja kat luar. Berapa jam sangat la kan nak stay hotel tu. Memandangkan trip ini beramai kita kena la follow da flow.

Ni aku share ehsan google gambar hotel aku kat gili yang menelan cost aku RM300++ per night. Nanti dah sampai sana aku verify samada gambar google ni boleh pakai ka tak. Tunggu real picture coming soon!
Superior Lumbung Terrace Vila Ombak Gili

Superior Lumbung Terrace Vila Ombak Gili

Oklah sambung kisah Lombok ni bila aku da balik lombok dan aku tak busy dan tak ada boss kt opis untuk mengganggu kosentrasi aku menulis.

Wednesday, May 4, 2016

Aku Cinta Kamu

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! Bertahun aku biar blog ni kan. Past years pon aku update secara emosi aja. Tak ada pon post yang menggembirakan selain dari luahan emosi yang entah apa-apa.

Oklah kita tutup kisah lama dulu ya. Kisah zaman aku bercinta. Aku putus cinta. Aku bercinta lagi. Aku putus cinta lagi. Aku dan BFF aku. Aku dan BF orang. Semua kisah tu kita tutup ya. Sekarang aku da jadi isteri orang. Kena la menulis dengan lebih matang. Bukan lontaran emosi picisan macam suatu ketika dulu lagi. Hahaha.

Al kisahnya nak dipendekan cerita, aku akhirnya berkahwin dengan BFF aku sendiri. Kalau dah jodoh. Apapon tak leh kata dah. Doakan jodoh kami berpanjangan.
Alhamdulillah