^_~

Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

Hidup aku

Hidup ini terlalu singkat untuk aku laksanakan semua impian aku..namun akan ku usaha sehingga aku berjaya..
Kini sahabat rakan sedara seangkatan ku kebanyakan sudah mendirikan rumah tangga dan ada yang sedang menuju ke arah itu..
Tapi aku?hurmmm mungkin kini itu adalah salah satu impian aku..tapi bukan untuk ku laksanakan sekarang..biarlah masa yang terbaik menentukannya..
Aku manusia tamak..aku tamak haloba!
Aku ingin miliki dunia ini..
Aku tamak bukan untuk hancurkan dunia..
Aku punya keinginan untuk miliki pelbagai barang miliki pelbagai ilmu pengetahuan..
Aku ingin punya ilmu agama yang baik..
Aku ingin punya ilmu seni seperti tari menari atau permainan alat musik..
Aku ingin punya pengalaman mengembara serata dunia..
Aku ingin punya tahap pengajian yang tinggi..setidaknya aku miliki master dalam pengajian aku..
Aku ingin mengetahui segala ilmu politik dunia..
Aku ingin pelajari selok belok perniagaan..
Oh bukankah itu semua tanda aku TAMAK?!
Ya aku tamak..aku tamak ilmu pengetahuan..
Aku ingin belajar..
Aku ingin berjaya..
Aku ingin mengejar dunia dan akhirat bersama!
Oh sumpah aku sedar aku tamak..

Ya Allah kau berikan aku kesempatan dalam mengejar dan memenuhi segala impian tamak ku..semoga semuanya Kau aturkan yang terbaik untuk ku..
Ku rela lepaskan soal perkahwinan demi mengejar semua ini dahulu..
Namun Kau Maha Mengetahui..
Semoga Kau lancarkan perjalanan hidupku..
Semoga Kau tabahkan aku menghadapi liku kehidupan yang telah Kau rencana kan untuk ku..

-SaKuRa MiYuKi-


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: