Haiii.. Kali ni nak review hotel kat senggigi pulak. Hotel ni kitorang just for transit ja sebab sampai pon da malam kan. Lebih kurang pukul 10 11malam la kot kitorang sampai. Hotel ni agak ke dalam lokasi dia. Kena berjalan di laluan yang bagi aku agak gelap dan tak macam laluan hotel. Just berpandukan signboard aja. Nasib ada signboard, kalau tak entah rumah sapa kitorang masuk. Sebabnya laluan masuk ke hotel ni adalah laluan rumah-rumah orang. Sangat seram. Gelap and banyak construction. Nak dijadikan cerita, malam kitorang sampai tu part of the area tak ada current. Kat reception kaunter hotel pun pakai lampu suluh ja, nasib kat area bilik ada current. Kalau tak berpanas la wei.
Ok untuk review hotel ni, bilik dia sangat kecik ok. Kiranya lantai bilik ko cuma muat untuk seorang ja solat. Tak danya muat kalau ko niat nak berjemaah berdua dalam bilik tu. Toilet and shower okla, air laju tapi bilik aku air drainage dia slow. Aku mandi malam sampai tu, bangun esok pagi air still ada kat area lantai shower tu. Ades agak mendukacitakan.
Pastu bab breakfast plak, kitchen diorang sebelah kaunter reception aja. So semalam nya sampai area situ takda current, pagi tu kitorang bangun dapur dia plak ada masalah. Orang yang awal dapat la makan telur bagai. Yang last ni dapur dia ada problem apa tah. Dapat roti bakar and fruits sahaja. Jadilah kan alas perut waktu pagi.
Bagi aku hotel ni untuk transit is ok sebab murah ja RM108 satu bilik semalam. Tapi bab sampai memalam ngeri juga nak menapak kalau sorang wei.
By the way hotel ni still ada pool taw. Pool dia agak menarik betol-betol depan bilik kitorang. Time kitorang sampai malam tu ingat kitorang ja tetamu hotel tu sebab sunyi ja and gelap. Bangun time breakfast amik kau full kot. Macam semua bilik occupied ok.
Ni hah signboard hotel kat jalan
Ni half way jalan masuk ke hotel. Tak ada lampu taw. Kitorang guna lampu handphone kot.
Tadaaaa ni la reception kaunter merangkap kitchen dan breakfast area. Hotel ni decor dia banyak patung buddha. Menakutkan juga la aku sampai memalam nampak patung buddha ja. Besar lak tu kat tepi kolam. Dah siang rasa ok ja pon.
2 comments:
hadoi mmg x stay lah kat sini kalau RM108 tu kira mahal tau..dgn laluan ke hotel mcm tu..ohh tidak...
Memang scary kalau memalam..nasib laa ktorang beramai..hehehe
Post a Comment