^_~

Monday, July 11, 2016

Kejutan Yang Maha Esa

Assalamualaikum!!! Hari ni nak share berita basi. Yes it was positive. But bear in mind post ini menggunakan past tense. Ini bermakna berita ini dah basi sebab kekangan masa untuk update.
Sesungguhnya ketika period aku delay awal puasa haritu hati aku dah tak senang. Sekali aku check. Ya Allah. Positive wei. Aku dan En suami terkejut. Hanya tuhan yang tahu. Sebab nya kami masih dalam fasa berhati-hati. Precaution mood lagi.

Tapi kami anggap ini rezeki ramadhan. Kuasa tuhan siapa mampu melawan. Kami terima dengan redha.

Alhamdulillah sepanjang tempoh itu aku sihat tak ada sikit pon mabuk or alahan. Mengidam apapon tak. Kecuali En suami yang demam teruk.

Untuk tempoh tersebut kami sedikit teruja dengan kehadiran yang tak terduga ini. Akan tetapi semuanya kuasa Allah. Hanya sempat merasa bahagia perasaan ini tak sampai dua bulan. Al kisahnya akan diceritakan dalam next post.

Sebagai preview, at first check up doctor suspected aku ectopic pregnancy. Then aku dihantar ke hospital serdang with emergency case. Bersambung..

Anyway SALAM AIDILFITRI buat semua!