^_~

Powered By Blogger

Tuesday, December 27, 2016

Trip Ke Maldives Part 1- Tips Tentang Maldives

Hello semua. Hari ni nak mula menaip setelah sekian tak menaip. Sebab ramai kat fb tanya and suruh aku share tentang trip aku ke Maldives haritu, maka aku pon cuba la menulis kat sini.

Beautiful sunset at private resort
Actually Maldives trip ni aku beli tickets agak lama da. Sebab memang da target untuk first anniversary wedding kitorang nak pergi Maldives. So here are some tips yang boleh aku share sepanjang perancangan dan perjalanan aku untuk Maldives ni.

1. Maldives ni Islamic country. So untuk makanan HALAL bukan la satu benda yang jadi masalah. No pork di seluruh Maldives (as far as i saw lah). 
2. Alcohol only at private Island/ resort. Masa dekat Male, which is Maldives's city, susah nak cari alcohol drink kat kedai2.
3. Dekat Maldives they used Maldives Rufiya (MVR) or USD. Kalau korang bawa duit ringgit nak tukar kat sana memang kirim salam la, diorang taknak terima. So better change to USD dari Malaysia, sampai airport Maldives boleh tukar ke MVR. Tukar sikit ja sebab diorang lagi suka USD sebab lagi untung untuk diorang. Hahaha. MVR kebanyakan aku guna untuk transport awam dan kedai runcit kat Male.
4. Maldives ni terletak dekat dengan Sri Lanka dan India. Tapi diorang takkan ngaku diorang ni orang India walaupon muka India habis. They are too proud to say they are Maldivian.
5. Orang Maldives ni nampak ja selebet macam Bangla kat Malaysia, tapi diorang ni kaya kot. Jenis semua nak hantar anak study luar negara and fully paid by themself. Katanya kat Maldives education free, so diorang nak paid education, sebab tu hantar anak belajar mostly kt Malaysia.
6. Sepanjang aku kat sana, orang Maldives ni takda jati diri. Bila tanya apa local food yang best, semua jawab Chinese food, Thai food. Apadaa. Thai food baik aku pergi Thailand ja.
7. Tips untuk prepare trip ni aku rasa better korang prepare awal. Kalau ada duit terus tukar USD sebab currency kita ni fluctuated. Kejap ok kejap turun. Macam kes aku mula2 masa currency 3.7 aku tak tukar padahal da sedia duit. Elok hari aku nak p tukar da naik 4.2. pastu balance time aku tukar da jadi 4.4. Memang terasa bila travel time currency tak cantik ni.
8. Since semua related to currency, kalau boleh hotel pon book awal2. Aku pakai AGODA ja.
9. Do some research on exercusion activities yang korang rasa korang berminat. Survey from hotel to hotel sampai korang puas hati then pilih. Aku ambil dari Crystal Sand Beach Hotel ja sebab PR diorang bagus. Bila aku selesa dgn PR maka aku senang nak berurusan. Negotiate for some item if you want. Insyaallah dengan budi bicara kadang2 dorang consider ja. Bagi diskaun or bagi free service. Based on your luck. Macam aku dapat snorkeling gear free untuk  digunakan.
9. Please bring some medicine kalau rasa diri korang tu bakal mabuk laut, or senang nak demam or pening. Maldives sangat panas dan semuanya berkaitan laut. Surely korang taknak mood spoil sebab mabuk laut or pening2. So please get prepare.
10. Aku bawa food sendiri- beras, curry ayam adabi dlm tin and some sambal talang also maggie. Kat sana ada ja jual maggie tapi tak payah la beli segalanya mahal. Tapi food sana kena try juga. Beriani dia sedap! Capati with kelapa tuna dia marvelous. 
The only Maldivian food yang aku rasa boleh dibanggakan-capati with tuna kelapa
11. Dah nama pon pergi beach and sea, please don't forget to bring your sunblock.
12. Action camera/waterproof camera sangat berguna kat sana. Tapi kalau ambil trip ada ja dorang provide free picture untuk kita. Janji bawa pendrive untuk transfer save.
13. Know your destination. Nak naik ferry nak ke mana kena la taw kan. Kalau tak camna nak beli ticket. So please do your homework before travel.
Common public transport-Public Boat
14. Maldives is very safe. Even untuk ladies. Korang jalan memalam takkan ada orang kacau pon. So ladies please go. Kalau travel sesama gegadis ada chances dapat macam2 free or diskaun kalau rajin borak2 dengan boatman or orang2 yang jaga pakage2. hehehe.
15. Jangan amik taxi untuk tour sebab nanti dia charge mahal. Untuk visit places, just naik ja taxi from one place to one place. Lagi jimat.
16. Lupa pulak, Maldives best visit between November to April. Time ni air laut tenang kurang bergelora. So kurang la kebarangkalian nak mabuk laut. Time ni juga dikatakan Maldives panas berpanjangan. Sangat sesuai lah untuk aktiviti bersantai pantai.