^_~

Sunday, January 1, 2017

Trip Ke Maldives Part 2- Activiti di Maldives

Haii!! Harini nak mula mengarang untuk kisah perjalanan dan cost yang terlibat dalam trip Anniversary-moon Madlives ini. Oklah, pertama sekali nak maklum kan aku pergi dengan bajet airline terkenal di tanah air, apa lagi kalau bukan Air Asia. Everyone can fly katanya. Masa aku mula-mula survey ticket flight, note that aku memang specific date anniversary ja, so tak da option lain yang paling murah, hanya air asia. Walaupon takda la murah mana. Ada orang boleh dapat harga half of my flight tickets, but i don't care sebab nak juga date tu. Hehehe.. Ngada sangat.

Mulakan perjalan dengan bismillah.

Day 1-Travelling Day (KL-Maldives)

  1. Flight dari KL ke Male dijadualkan pukul 645pm tapi delay. Well delay is normal for flight. So around 8pm baru berlepas so we arrived Male at 9pm local time which means 12pm Malaysia time.
  2. Exit imigresen tukar 50USD kepada MVR (dapat 750MVR)
  3. Took public bus, because our hotel located at Hulhumale. Bus stand just keluar ja terminal airport turn left. Dalam 20langkah nampak la papan tanda Bus stand. Tunggu ja situ naik ja any public bus colour merah. (Cost : 5.50MVR)
  4. 10.30pm Check in StarView Inn at Hulhumale (1.30am Malaysia time, so badan memang da lemau maka terus mandi solat and tidur)
Day 2-Travelling Day (Hulhumale-Male-Maafushi)


Day 2- From Hulhumale to Maafushi

  1. 7.00am walked around Hulhumale. Ada public beach cantik. No bikini ok kat public beach.
  2. 8.00am Breakfast at hotel
  3. 9.00am Check out and start walking to Hulhumale Ferry Terminal. From StarView Inn around 10-15 minutes walking.
  4. 9.20am ferry to Male terminal. Cost : 11MVR
  5. 9.40am arrived Male Terminal and took taxi to Vilingli Terminal. Cost : 3USD
  6. 9.55am arrived Vilingli Terminal, unfortunately ticket to Maafushi da sold out. Ferry penuh. Note that public ferry ke Maafushi cuma ada 10am dan 3pm. So we decided untuk take next trip which cost us 5hours stranded at Vilingli Terminal. Actually ada ja speedboat at anytime. Tapi budget cost kan. (Cost Public Ferry : 22MVR or 3USD Cost Speedboat : 20-25USD) 10kali ganda kau. Aku pilih mereput ajalah 5jam.
  7.  5.00pm arrived Maafushi Island, terus Check in Sun Tan Beach Hotel.
  8. 8.30pm keluar jalan-jalan makan ice cream sambil survey harga untuk exercusion activities.
Antara pilihan activities untuk dilakukan
  • Halfday snorkeling : 30USD
  • Fullday Snorkeling : 80USD
  • Night fishing : 25USD
  • BBQ dinner : 10-15USD
  • Resort Exercusion : 80-120USD
     Kitorang just ambil Halfday snorkeling, resort exercusion, night fishing , Cost : 155USD per person. 

Kitorang tak beria ambil macam-macam activity sebab nama pon anniversary-moon trip, mana boleh pulun semua. Letih laa. Badan letih poket pon letih. Hehehe.




Day 3- Resort Exercusion Day

Sebab badan masih dalam keadaan letih travel semalam, so harini started our activities dengan chillaxing mood. Resort Exercusion adalah dimana anda diberi 1day pass lawatan bebas ke Private Resort yang cost bermalam melebihi 700USD or RM3000 per night. So bagi aku yang tak berapa mampu ni, cukup la merasa pengalaman chillaxing seharian di resort mewah sebegini. 
Adaaran Prestige Vadoo lunch

Aku dan Encik Suami memilih Adaaran Prestige Vadoo. Note that ada few choices resort untuk korang pilih. Pilih la ikut citarasa dan kemampuan poket. Lain resort lain harga. Setiap pakage resort exercusion ini dah termasuk beach towel, lunch, free flow drinks/alcohol, usage of resort facilities such as spa/gym/pool.
Day 3
  1. 8.00am Speedboat from Maafushi to Adaaran Prestige Vadoo.
  2. 8.45am arrived at Adaaran Prestige Vadoo. We were brief about the resort, places and activities that we can do sepanjang kita kat sana.
  3. 10.00am aku memulakan langkah nak masuk air. Snorkeling sampai lebam. Note that snorkeling gear kalau pinjam dari resort kena letak deposit 50USD. Since aku da kawtim dengan Crystal Sand Beach Hotel (tempat aku ambil pakage) aku bawa dari hotel ja free.
  4. Da penat kejar ikan dilautan, naik ke daratan baring kat sunbed terus terlelap. Nyaman sangat.
  5. 1.00pm lunch time
  6. 2.30pm lepas lunch terus pergi solat kat surau dia. Surau dia terletak dekat kawasan pekerja dia berehat. Tumpang aja. Ladies bring telekung sendiri. No telekung provided.
  7. 3.30pm sambung mandi pool, shower and sight seeing. Merakamkan gambar kat private resort yang sangat cantik dengan keindahan alam semula jadi.
  8. 5.30pm Shark feeding time. Time ni la nak tengok white shark berebut makan. Ok white shark memang bersepah. Kalau time snorkeling nampak baby shark kompem aku dah buat kuak kupu-kupu. hehehe. Nasib takda yang menjengah.
  9. 6.00pm Speedboat datang jemput untuk balik Maafushi.
  10. 8.00pm sampai Maafushi, it took a longer time sebab ada guess dalam group aku tu nak terus balik. So speedboat aku naik ni terus ke terminal airport dulu hantar diorang then baru balik ke Maafushi.
  11. Disebabkan da sampai lewat, tengok BBQ dinner da tak meriah kitorang terus balik bilik masak nasi sendiri aja.
  12. Lepas rehat kenyang kitorang kuar makan ice cream Gelato. Mahal juga ice cream dia. 2scoop 70MVR.
Day 4 - Snorkeling and Night Fishing Day
Day 4
  1. 9.00am ready for snorkeling trip. Tapi malang tak berbau, boat kitorang rosak lak so delay. Dalam pukul 1015am baru kitorang gerak.
  2. Half day snorkeling ni cuma ada 3 snorkeling point and 1 chillaxing place which are 
  • Banana reef
  • Turtle reef
  • Biyadho reef
  • Sandbank-lunch here
Selesai kejar ikan, kejar penyu and usha coral. Balik ke Maafushi. Around 4.30 sampai. Seriously i have been to lombok, phuket, krabi , perhentian. Maldives are the best corak and ikan punya view. Sampai lenguh kaki aku berenang dilautan tu punyala taksub.

  1. 5.30pm ready for night fishing. Ok adala aku dapat ikan seekor. Lain2 crew kapal tu yang dapatkan ikan.
  2. 830pm sepatutnya habis trip fishing tapi kitorang 730pm da ready balik sebab ada orang da mabuk.
  3. 9.30pm turun dinner. They served ikan yang dipancing tadi. Ikan bakar with salad and nasi. Kering gak ahh tapi bila lapar balun jalaa.
  4. 10.30pm lepak ja around situ layan lagu2 dari hotel and borak2. Nak lagi umphh makan gelato ice cream.
Day 5 - Menikmati keindahan Maafushi
Day 5- Sekitar Maafushi

Disebabkan hati dah terpaut dengan keindahan dan ketenangan Maafushi, so kitorang decide tak nak  balik awal pagi. Kitorang decided lepak-lepak dulu.

So kitorang beli ticket speedboat pukul 5pm. Tapi awal-awal dah tanya hotel maximum boleh check out pukul berapa. Good thing is Sun Tan Beach hotel bagi kitorang stay sampai pukul 4pm without any extra charges.
Note :

  • Public boat : 7.30am 
  • Cost : 2/3usd
  • Speedboat : 10am @ 12pm @ 5pm
  • Cost : 20usd
  1. Lepas breakfast kitorang ronda Maafushi naik basikal ja. Basikal free from hotel. Modal peluh and tenaga aja.
  2. Lepak bikini beach. Mandi laut snorkeling and berjemur. Note : Snorkelimg gear ada untuk disewa kat bikini beach. Cost 5usd. Kitorang bawa sendiri ja. Untuk jimat boleh minta dari hotel pinjam.
  3. Boleh request Sun Bed and beach towel dari hotel juga and it is free.
  4. Around 1pm matahari dah meninggi kitorang gerak cari souvenir. Ada few kedai korang boleh masuk and beli. Aku malas nak usha banyak kedai so tak dapat la buat comparison harga sangat. Note : souvenir harga bermula 2usd.
  5. Setel shopping balik hotel mandi masak maggie rehat sambil menikmati keindahan alam Maafushi buat kali terakhir.
  6. 5pm depart dari Maafushi ke Male.
  7. 6pm sampai Male. Kitorang Check in Off Day Inn. Jalan kaki ja dari terminal jetty no6 ke hotel tu. 10minit ja jalan.
  8. 630pm lepas setel check in keluar jalan-jalan tengok Male. Jalan kaki aja. Sep modal. Jalan la selagi kaki larat melangkah.
  9. 800pm dinner kat kedai area orang main bola. Tengok ramai ja kat kedai tu so masuk jala. Cost dinner around 180mvr untuk 2 orang.
  10. Then sambung jalan area shoplot. Macam-macam ada jual. Jalan sejauh kaki larat melangkah. Dah lenguh dah berpeluh melekit, mula menapak balik hotel.
  11. Sampai hotel rehat.
Day 6 - Male to KL
Day 6- Sekitar Male City
  1. Breakfast by hotel. After breakfast lepak rehat-rehat ja dulu. Sebab today is travelling day and its gonna be tiring. Kumpul tenaga.
  2. Check out then jalan sekitar Male, Boleh ambil taxi or jalan kaki ja tapi with luggage letih sikit la bejalan. Amik taxi jangan amik tour tau nanti kena kapak. Naik ja public taxi from one place to another place. Taxi dia macam mini pickup. Panas hoii..
  3. Pilih la few places yang nak dilawat. Nothing much in Male.
  • Tsunami monument
  • Seafront/market
  • Theemuge- presidential palace
  • Mulee Aage - presidential palace
  • Mosques
     4. Gerak ke Male terminal ferry untuk ke Airport. Cost ferry : 25MVR Sampai airport lepak aja sampai boarding.
Sekitar Ibrahim Naser Airport
Teh dalam tu mahal gila starting 25usd. Masa kitorang kat airport time ni ramai jemaah umrah transit sini.

Oklah ini ja kot untuk sharing kali ini. Ini pon berhari aku nak siapkan menaip. Punya la teruk aku ni. By the way kalau tak aku nak masukkan sekali cost dalam post ini. Tapi bila tengok macam panjang la plak. So maybe next post aku perincikan cost keseluruhan ya. Doakan aku rajin.

Happy travelling everyone. Travel is a good way of learning. You will never appreciate what you have until you found what others really hard to get.

Maldives negara yang maju dan kaya. Tapi rakyat dia macam hidup dalam kesederhanaan. Sangat selamat, tenang. Kalau sesapa ada rezeki pergi lah ke Maldives.

No comments: