^_~

Wednesday, June 21, 2017

Raya 2017

Haiiii!! Lama menyepi kan. Last update cerita Maldive yang kenkononnya lepas tu nak istiqamah update. Ceit. Menipu ja kejanya.

Ramadhan 2017 dah nak melabuh tirai. Apa aku perasan rasa cepat sangat Ramadhan kali ni. Ok alhamdulillah rezeki Ramadhan kali ni aku dapat puasa penuh. Tahun lepas pon almost penuh sekali misscarriage lak hujung-hujung nak raya tu. Takpa lah bukan rezeki masa tu.

So alhamdulillah harini tahun ini 2017 Ramadhan aku puasa penuh. Yess i am 7 months pregnant. Syukur.

Nak cerita bahawanya tahun lepas aku raya kat kedah, so sepatutnya tahun ni aku raya KL la kan belah laki aku. Makanya tahun ni aku tanam dalam hati yang aku kena raya kat KL. Tapi towards end of Ramadhan aku cam sayu hati lak. Hahaha. Mama aku boleh plak dok call buat ayat sapa nak tolong dia masak orang mai beraya kat umah. Hek eleh adik-adik aku ada kot (nampak tak aku yang paling rajin tolong mama). Hehehe.

Gambar Honeymoon
Okla so aku pon melancarkan negosasi kepada laki aku. Pujuk sikit-sikit. Laki aku ni bagus nya dia ok ja sebab dia ni bukan la jenis balik kampung sangat. Raya kat KL ni raya umah mertua aku ja pon. Tapi sanak sedara adik beradik mak mertua aku selalu la bertandang umah.

So nak jadikan cerita, aku akan balik juga Kedah. Tapi demi menjaga hati laki aku dan keluarga dia, aku cakap kita raya ja KL dulu. Raya ketiga camtu baru balik Kedah. Jadilah janji mama aku tak sedih sangat aku tak balik. Hahaha. Anak kesayangan katakan. Aku korbankan annual leave aku yang da ciput demi balik Kedah juga. Yala da tahun ni aku pregnant maka banyak la aku ambil cuti sebab pergi check up kan. Pasrah jala. Janji boleh jumpa mama aku.

Okla 3hari lagi nak raya. Tahun ni aku tak beli baju raya pon sebab baju tahun lepas beli tak sempat pakai. Sebab nya aku misscarriage hari raya pertama. So aku memang terlantar ja kat katil. Hopefully tahun ni aku sihat sampai la nak deliver nanti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

No comments: