^_~

Thursday, May 5, 2016

Bajet Trip ke Lombok

Permulaan penulisan terus merujuk kepada LOMBOK. Plan nak ke Lombok ni da setahun lebih. Perancangan bersama teman-teman encik suami. Biasala semua research dibuat dan ditempah. Kami 3 couples with an infant. So semua 6 dewasa 1 bayi. Baby baru 4months taw. Kecik-kecik da jalan jauh kan. Lucky baby dapat mak pak suka jalan.

So kat sini just nak share cost roughly untuk ke lombok tapi excluded expenses aktiviti dan makan ya. Sebabnya penulisan ini ditulis sehari sebelum aku berlepas ke lombok. Kekdahnya aku eksaited dan aku tak ada benda lain nak memulakan ayat untuk bermula menulis semula.

KOS KASAR

Flight AA : RM 200 per person return
Lombok Sengigi Hotel 1malam : RM 108 per couple
Vila Ombak Hotel (Gili Terawangan) 2malam : RM 655 per couple
Transport + supir + Speedboat ke Gili : RM 700 (bahagi 3 couple , RM 234)

So total cost yang terbakar RM400+RM108+RM655+RM234= RM 1397 per couple
Ni kiranya cost aku bedua bersama encik suami lah. Kalau dulu single cost macam ni dah rasa mahal tapi bila berdua means bahagi dua. Tak da laa terasa sangat kan. Hehehe..

ok actually boleh jimat cost dekat hotel tuh. Boleh cari hotel murah lagi tapi since ada baby and mommy to be, makanya pemilihan hotel nak yang sedap dan enak agar dapat bermalasan di hotel dengan indahnya. Hal ini kerana diorang decide tak nak buat aktiviti laut. So okla kan spend lebih untuk hotel. Banyak masa dihabiskan kat hotel. Lain la kalau nak snorkeling and buat aktiviti laut, seharian ja kat luar. Berapa jam sangat la kan nak stay hotel tu. Memandangkan trip ini beramai kita kena la follow da flow.

Ni aku share ehsan google gambar hotel aku kat gili yang menelan cost aku RM300++ per night. Nanti dah sampai sana aku verify samada gambar google ni boleh pakai ka tak. Tunggu real picture coming soon!
Superior Lumbung Terrace Vila Ombak Gili

Superior Lumbung Terrace Vila Ombak Gili

Oklah sambung kisah Lombok ni bila aku da balik lombok dan aku tak busy dan tak ada boss kt opis untuk mengganggu kosentrasi aku menulis.

1 comment:

Jari Manis said...

cost tu still murah tau