^_~

Thursday, May 12, 2016

Lombok Part 2 - Review Vila Ombak Hotel

Hai!! Harini nak sambung cerita Lombok. Nak kasi review Hotel Villa Ombak kat Gili Terawangan yang cost us RM655 for two nights. Worth or not? Jom layan picture.

Maaf laa skill blogging memang da kering sebab kemalasan pegang camera and handphone buatkan aku tak banyak ambil gambar. Gambar ihsan dari kawan-kawan dan encik suami. Layan..

Hotel Spa - Roemah Spa
 Hotel ni ada spa tersendiri, nama dia Roemah Spa nasib bukan Rosmah. Hahaha. Spa dia sangat selesa dan best. Aku pergi spa on first night aku kat sini. Aku buat foot massage ja. Kawan-kawan aku buat lulur spa. Sedap wei dia massage. Dorang cakap lulur dia pon best and sangat memuaskan. Harga untuk lulur spa 200k IDR dan harga untuk foot massage aku 180k IDR. Tapi harga ni belum termasuk tax taw. Tax kat sini 15%. Actually harga kat luar punya massage boleh dapat slightly murah dari hotel punya. Tapi kalau kat luar yang berderet kedai spa kat sepanjang gili ni, keadaan dia open. Kalau kau buat full body massage di tengah laluan kedai-kedai, kau hanya akan ditutup dengan tirai ja. Mungkin sesetengah orang tak selesa, Plus panas hoi!! Kat hotel spa ni ada aircond. Selesa, tertutup, privacy dan aurat terjaga. Kalau buat foot massage kat spa luar yg murah tu, dia suruh ko duduk atas kerusi, selak seluar kau separas lutut then dia massage. Agak la kan laluan org lalu lalang mesti la nampak betis ko yang berbulu tu, Malu ok. Foot massage kt hotel spa ni sangat puas sebab dia bogelkan aku dalam bilik, means tanggalkan seluar then dia selimutkan aku. So dia massage aku dalam keadaan aku berbaring. Aku siap sempat terlelap kot. So mungkin aku prefer pergi hotel spa lah kat sini. But bear in mind, hotel spa ni tutup pukul 10malam. Kalau spa kat luar pukul11 baru nampak gaya nak tutup. Aku plan second night nak repeat untuk lulur, tapi dah keluar dinner lewat, so stroll over Gili Terawangan nak cari spa untuk massage or lulur. Tapi tak ada yang memikat hati aku. Balik hotel confirm spa da tutup. So aku pon balik bilik tidor ajalah.
Some walkaway hotel
 Ni ada walkaway kat sepanjang jalan aku nak ke bilik aku. By the way, walkaway ni ke mana aku tak sure plak. Kalau tak silap aku ada buaian kat sini. Aku pon tak explore ke sana. Hehehe.

Swimming pool
 Hotel ni ada swimming pool, and ada pool bar. Aku ada la sekali terjun swimming pool ni. Best besar and air dia aku rasa macam dia campur air laut laa. Sebab bila aku menyelam pedih betol mata aku. Lepak santai kat pool ni best. Minah salleh banyak berjemur sambil baca novel. Sangat tenang la wei.
Walkaway dari lobby ke bilik
Nak dijadikan cerita, bilik kitorang Lumbung Superior merupakan bilik yang belakang sekali dalam lokasi hotel ni. So perjalan dari lobby ke bilik boleh bercinta juga laa. Once da ke depan kalau ada barang tertinggal mau bergaduh nak patah balik ambil. Hahaha.. Hah kat kiri gambar ada meja with Chess set, ada dua table kat sini sebenarnya, Dua-dua ada chess. Kalau korang nak buang masa main chess bersama teman sangat la boleh. Aku ni plan ja nak main tapi tak sempat. Asal balik bilik lalu ja da malam, bila malam jalan ni agak suram. Berbekal kan lampu yang ada kat kaki jalan ni aja.

Welcome drink
Welcome drink aku da bagitau air oren dia sedap. Hehehe. So far customer service hotel ni terbaik la juga. Apa saja kitorang minta dapat cepat ja. Accept bilik, on hari kitorang sampai, check in kan sepatutnya pukul 2pm, tapi kitorang sampai awal. So satu bilik ja yang da ready. After pukul2 baru la lagi dua bilik ready.

Hotel ni ada room service untuk food delivery 24hours. Kitorang ni pukul1 pagi dok melepak lapar. So memang call room service ajalah. Food dia harga standard harga hotel lah, tapi bagi aku portion dia mengenyangkan. Sedap la juga tapi tak da la sedap gila.

Hotel ni juga ada menyediakan sepeda (basikal) untuk disewa. Harga slightly higher than kat luar. Aku mula nak ambil dengan hotel ja. Tapi dah fully booked. Terpaksa berjalan sewa basikal kat luar. Tapi ok la kat luar aku dapat harga sehari RM15, kalau kat hotel sehari RM21. Jimat sikit laa.

Hotel Villa Ombak ni ada jetty/pelabuhan sendiri, so masa kitorang ambil speedboat bagitau dia hotel Villa Ombak dia terus hantar kat jetty Villa Ombak. So ko tak ada la kena menapak jauh dari public jetty ke sini. Tapi kalau ko ambil public boat, dia memang akan stop di public jetty, so menapak la sikit. Ada la 10minit jarak menapak tu. Kalau tengah penat mau menyumpah juga. Hehehe.

Part breakfast plak, Hotel Villa Ombak ni, breakfast dia memang meriah wei. Aku makan sampai puas. Berbaloi la ambil bilik with breakfast kat villa ombak ni.

Villa Ombak ni da dekat dengan Ombak Sunset, and bagi sesiapa yang stay kat Villa Ombak akan dapat 15% diskaun kalau makan kat Ombak Sunset. Dari Villa Ombak ke port buaian Ombak Sunset tu, 15minit juga la kayuh basikal. Kalau ko gigih nak jalan kaki, aku rasa mau 30minit juga. Aku tak da guna cidomo (kereta kuda) sebab aku da sewa basikal. Bagi kawan-kawan aku yang lain dorang ambil cidomo. Diorang kena harga agak mahal dari aku selalu dengar. Nak ke Ombak Sunset dia charge 150k IDR, selalu aku dengar 100k IDR ja. Mungkin bukan rezeki diorang nak dapat murah. Janji sampai kan.

Ok sambung guna hanphone sebab bos da masuk opis. Aku tak taw apa rupa gambar yang aku upload handphone ni..
Katil King
Bilik yang diberikan memang super selesa. Kitorang booked 3 bilik. 1 bilik tingkat bawah, dua bilik tingkat atas. So yang ada anak kecik dok bilik bawah. Kitorang dok bilik atas. Tapi semua connected aja. Kitorang memalam lepak dekat balkoni depan bilik ja. ada Kerusi and meja, lantai pon bersih leh  bersila kat situ. Luas. Lapang laa..
Toilet besar
Toilet dia ya rabbi, sama besar dengan ruangan katil dia. Kalau hotel biasa mungkin size camni da boleh dapat 2 bilik dah. Memang aku boleh main kejar-kejar dengan encik suami dalam toilet ni. Hahaha..
tempat lepak
Oklah ini aja kot yang aku dapat share tentang Villa Ombak Hotel Gili Terawangan. Sumpah berbaloi hotel ni untuk santai-santai. Tapi kalau nak jimat belambak ja hotel lain yang murah and selesa. Serious sangat banyak, buka ja agoda pilih wei. Nanti ada lagi yang aku teringat aku update lah ya,

Nanti aku kongsikan plak review Hotel Sengigi Lombok yang aku stay 1 malam kat Sengigi sebelum aku ke Gili Terawangan. Seram ok Hotel tu. Hahaha..

2 comments:

Jari Manis said...

hotel ni mmg sepadan dgn harga but for me..xkan stay kat sini sbb tak mampu huhuh

Ana Syanaz said...

Kannn..harga dia bg backpackers mcm mahal laa..tapi seriously berbaloi utk pergi berehat..