^_~

Sunday, May 22, 2016

Kedai Tayar Murah Bangi

Hai.. Hari ini aku nak cerita tentang kedai tayar murah kat Bangi. Ya lah sekarang kan aku dah menjadi warga Bangi so haruslah mencari kedai area bangi sahaja. Aku buat survey banyak kedai juga. 

Hasil carian aku dan tanya orang, rata-rata cakap nak tukar tayar g Klang, kat sana tayar murah. Tapi nak dijadikan cerita hari aku nak tukar tayar ni mak mertua aku ajak makan kat luar ramai-ramai. So tak da la aku gigih nak ke Klang semata-mata tukar tayar then nak rush balik Bangi lak.

Ok, kat bangi kawan aku cakap kat seksyen 7 kedai Michelin dia tukar situ murah. Kawan aku dari Gombak datang tukar tayar kat Bangi, sesuatu sangat kan. Jauh tu. So aku rasa mesti murah la tayar kedai tu. Kawan aku siap tunjuk resit dia kt aku lagi. Kawan aku tukar tayar Myv dapat la sebiji tayar RM150. Murah la kan. Tayar cap toyo. Nak dijadikan cerita aku pon pegi la kedai yang kawan aku nyatakan tuh. Aku sampai ja tanya tayar berapa harga untuk kereta aku. Dia cakap RM220 tayar Michelin. Mak aii mahalnya. Nego sikit dia cakap paling kurang RM210. Tanya la takda option tayar lain ka yang murah. Alkisahnya takda stok. Hanya ada Michelin. So aku pon beransur lah. G kedai lain.

Seksyen 7
Hah ni lah kedai yang kawan aku cakap tuh. Kat area sup keting seksyen 7. Tapi banyak ja kedai tayar kat sini. Boleh ja nak tanya satu-satu kedai.

Ok last sekali aku pergi kat Seksyen 4. Akhirnya aku bersetuju nak tukar tayar kat kedai ni. Aku tukar tayar Continental dengan harga RM175. Okla kan dapat tayar cap ok sikit. Tapi tayar aku type 175/65 R15 asalnya brand Goodyear. Tapi after few kedai aku survey tak ada lak tayar ni. So aku tukar la tayar lebar sikit. 195/55 R15. Aku belasah ajalah sebabnya aku da malas nak g kedai lain dan nampak harga reasonable. Nama kedai ni Wan Hernz Corporation (CONTINENTAL) Refer picture bawah ni ek.

Wan Hernz Corporation
Ni hah kedai tu
Nampak tak Jazzy aku kat kiri tu da di jack up and da ditanggalkan tayar. Tengah tu harus lah Encik Suami yang tak habis-habis cakap aku ni merimaskan, ikut aja kemana dia pergi. Hehehe.

tayar baru
Ni lah tayar yang aku beli tu. Aku tukar 4 biji wei. Kau rasa berapa total lost aku. Huwaaa.. All in termasuk 6% GST RM740. Ok lah tu aku bajet RM800, ada la balance RM60 habuan aku nak lepak minum kopi dan kek sedap. Hahaha.

Review aku tentang tayar baru ni sedap la continental brand la katakan. Tapi slightly lebar dari tayar asal aku, so aku rasa cam berat sikit stereng aku dari sebelum ni. Tapi bak kata encik suami, tayar lebar sikit sedap la nak lelaju. Dalam hati aku, jadahnya aku nak lelaju, aku naik Jazz hybrid ja pon, Bukan aku naik VW Golf ka yang boleh speed kaw-kaw. Tapi layankan ajalah. Malas nak argue.

tayar asal
Nampak cam baru kan tayar ni, hakikatnya da botak licin liao. Hahaha. Nampak cam baru sebab aku baru basuh kereta. Haruslah tayar dia polish sikit. Hikhik.

7 comments:

Jari Manis said...

hi Ana..done follw #115

Jari Manis said...

naik jazzy uolss...ada gk niat nak beli Jazz tu tp bila tgk harga tyr 4 biji almost rm800 tak jadiklah x mampu huhuh

mgkin sbb sis JM pakai kete local je good year rM120 je sebijik..mgkin size rim juga beri effect harga berlainan

Jari Manis said...

terima kasih sudi terjah blog sis JM

Ana Syanaz said...

Hai JM..tq sudi singgah blog sendu ni..hahaha..betol laaa size rim mempengaruhi harga tayar..tapi ni da pakai yang standard habis da..pasrah ajalaa..

Ridz Ayeop said...
This comment has been removed by the author.
Ridz Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Ezad Azil said...

murah jgk tayar conti..